Blog ini adalah untuk memberi pemahaman tentang kecederaan dalam sukan dan rawatan pemulihan sukan kepada para pelajar dan masyarakat umum yang bergiat aktif dalam sukan. Blog ini juga dilakukan untuk Program Sains Sukan di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Kami berharap agar blog ini dapat membantu para pelajar dan masyarakat luar bagi mendapatkan maklumat tentang kecederaan dalam sukan dan cara rawatannya.
Wednesday, 7 May 2014
Jenis-Jenis Pemulihan Rehabilitasi
Elektroterapi
Penggunaan alatan elektronik yang sesuai ke atas otot atau sendi yang cedera. Jenis pemulihan ini bertujuan merangsang peredaran darah ke tempat atau bahagian yang cedera. Antara contoh-contohnya ialah Ultrasound, Shortwave Diathermy, Laser Therapy dan Interferential.
Ultrasound
Shortwave Diathermy
Laser Therapy
Interferential
Hidroterapi
Penggunaan air untuk memulihkan kecederaan dengan menjalankan latihan kecergasan dalam permulaan dengan bantuan daya apungan air. Apungan air dapat mengurangkan daya hentakan yang dikenakan ke atas anggota tubuh badan.
Isokinetik
Latihan pemulihan penguncupan fiber-fiber otot pada kelajuan yang tetap mengatasi rintangan yang berubah-ubah. Contohnya, peralatan 'Multi-Gym'.
Urutan Sukan
Satu daripada bentuk rawatan kecederaan sukan termasuk urutan yang diberikan kepada otot-otot tertentu. Setelah mengenalpasti tiada terdapat faktor-faktor kontraindikasi seperti kecederaan akut, luka, patah dan demam panas.
No comments:
Post a Comment