Wednesday, 7 May 2014

Jenis-Jenis Pemulihan Rehabilitasi


Elektroterapi

  • Penggunaan alatan elektronik yang sesuai ke atas otot atau sendi yang cedera. Jenis pemulihan ini bertujuan merangsang peredaran darah ke tempat atau bahagian yang cedera. Antara contoh-contohnya ialah Ultrasound, Shortwave Diathermy, Laser Therapy dan Interferential.


Ultrasound



Shortwave Diathermy


Laser Therapy



Interferential


Hidroterapi

  • Penggunaan air untuk memulihkan kecederaan dengan menjalankan latihan kecergasan dalam permulaan dengan bantuan daya apungan air. Apungan air dapat mengurangkan daya hentakan yang dikenakan ke atas anggota tubuh badan.



Isokinetik

  • Latihan pemulihan penguncupan fiber-fiber otot pada kelajuan yang tetap mengatasi rintangan yang berubah-ubah. Contohnya, peralatan 'Multi-Gym'.



Urutan Sukan

  • Satu daripada bentuk rawatan kecederaan sukan termasuk urutan yang diberikan kepada otot-otot tertentu. Setelah mengenalpasti tiada terdapat faktor-faktor kontraindikasi seperti kecederaan akut, luka, patah dan demam panas.


Pemulihan Kecederaan Sukan (Rehabilitasi)


Definisi

Rehabilitasi bermaksud proses mengembalikan bahagian yang cedera kepada keadaan yang asal.


Prinsip

  1. Kesegeraan - Ambil tindakan segera ke atassesuatu insiden atau kes.
  2. Pemulihan awal - Dilakukan pemulihan awal untuk mengurangkan kesan kecederaan. Seseorang individu yang cedera haruslah melakukan pemulihan daripada menunggu bahagian yang tercedera sembuh.
  3. Progresif - Melakukan rehabilitasi secara beransur maju.

Objektif

Rawatan yang diberikan mestilah bertujuan untuk memulihkan dan mengembalikan fungsi badan kepada tahap asal pada jangka masa yang singkat dan secepat mungkin.


Faktor-faktor Mempengaruhi Rehabilitasi

  1. Cedera yang teruk atau serius.
  2. Tahap penyembuhan tisu.
  3. Jenis rawatan.
  4. Kekuatan otot-otot pada tangan dan kaki.
  5. Kesakitan dan julat pergerakan sendi.
  6. Bengkak pada sendi.
  7. Keperluan atlit untuk bermain semula

Proses Pemulihan

  • Menguatkan otot, ligamen dan tendon yang telah pulih daripada kecederaan.
  • Memulihkan tahap kecergasan atlet kepada keadaan asal.
  • Meningkatkan julat pergerakan dan kestabilan sendi atau otot.
  • Mengembalikan keyakinan diri atlit terhadap keupayaannya.

Fisioterapi

  1. Fisioterapi ialah kaedah rawatan yang dijalankan oleh ahli fisioterapi yang terlatih atas arahan doktor perubatan.
  2. Objektif utama fisioterapi sukan ialah membantu mempercepatkan kadar penyembuhan sesuatu kecederaan sukan.
  3. Matlamatnya ialah mengambalikan atlit yangc edera itu kepada keadaan asal dan bersedia untuk beraksi atau berlatih.

Peranan Jurulatih dan Ahli Fisioterapi


Jurulatih

  • Menggalakkan dan memantau atlit mematuhi program rehabilitasi dan kaedah penyesuaian latihan.
  • Tidak membenarkan atlit menyertai sebarang pertandingan sehingga pulih sepenuhnya daripada kecederaan.


Ahli Fisioterapi

  • Mengekalkan kecergasan atlit sepanjang masa dalam program rehabilitasi.
  • Merancang program rehabilitasi secara individu.
  • Memantau perkembangan atlit sehingga kembali aktif semula.
  • Membantu mempercepat kadar penyembuhan sesuatu kecederaan.


Tuesday, 6 May 2014

Jenis-Jenis Kecederaan Sukan

Kecederaan Sukan boleh dibahagikan kepada 2 iaitu :

  1. Kecederaan Luar
  2. Kecederaan Dalaman


Kecederaan Luar

Kecederaan ini berlaku pada permukaan kulit atau bahagian tisu di bawah kulit.

Antara kecederaan-kecederaan luar ialah :


Luka 

Kulit koyak disebabkan oleh terkenan benda yang tajam dan keras. Koyakan yang belaku menyebabkan kulit mengeluarkan darah. Koyakan yang dalam boleh menyebabkan saluran darah terputus dan pendarahan yang berlaku menjadi serius.


Melecet 

Kecederaan ini boleh berlaku apabila bahagian badan bergeser dengan permukaan lain. Lapisan epidermis terkoyak tetapi bahagian atau tisu di bawah kulit tidak cedera.


Melepuh

Kecederaan ini boleh berlaku disebabkan oleh geseran antara bahagian badan dengan permukaan yang lain. Tisu cecair akan berkumpul dan kulit akan mengelembung.


Kecederaan Dalaman

Kecederaan ini berlaku pada bahagian dalaman anggota tubuh badan. Jenis kecederaan dalaman ini melibatkan kecederaan organ dalaman yang tidak dapat dilihat oleh individu yang mengalaminya. 
Antara kecederaan-kecederaan dalaman ialah :


Terseliuh

Berlaku apabila ligamen atau tisu-tisu terkoyak, teregang atau teroulas disebabkan oleh bebanan yang kuat dan secara tiba-tiba.

Otot Terkoyak

Berlaku koyakan di bahagian otot atau tendon disebabkan oleh pengecutan otot-otot secara drastik dan ketidakupayaan otot atau tendon menegang beban yang dikenakan atau dihentakkan terus ke otot.

Otot Kejang

Berlaku kekejangan pada otot apabila otot kehilangan sifat kontraksi otot buat sementara waktu. Kekejangan berlaku disebabkan oleh ketidakseimbangan atau kekurangan air dan elektrolit (natrium dan klorida) dalam otot kesan daripada perpeluhan dan kurang daya tahan otot.

Dislokasi

Berlaku apabila tulang sendi terkeluar daripada kedudukan asalnya. Keadaan ini mengakibatkan ligamen dan tisu di bahagian sendi teregang dan koyak.

Fruktur 

Berlaku apabila tulang patah atau retak disebabkan oleh daya hentakan tepat, sipi atau daya putaran. Terdapat dua jenis fruktur ini iaitu fruktur tertutup dan fruktur terbuka.

Kontusi

Berlaku kecederaan pada salur darah atau saluran darah halus yang terputus disebabkan oleh daya hentakan. Akibatnya, kesan lebam pada permukaan kulit atau pendarahan dalaman.

Konkusi

Berlaku dibahagian kepala disebabkan oleh daya hentakan atau pukulan yang mengakibatkan mangsa tidak sedarkan diri atau pengsan. Konkusi boleh menyebabkan kecederaan otak yang serius.