Tuesday, 6 May 2014

Jenis-Jenis Kecederaan Sukan

Kecederaan Sukan boleh dibahagikan kepada 2 iaitu :

  1. Kecederaan Luar
  2. Kecederaan Dalaman


Kecederaan Luar

Kecederaan ini berlaku pada permukaan kulit atau bahagian tisu di bawah kulit.

Antara kecederaan-kecederaan luar ialah :


Luka 

Kulit koyak disebabkan oleh terkenan benda yang tajam dan keras. Koyakan yang belaku menyebabkan kulit mengeluarkan darah. Koyakan yang dalam boleh menyebabkan saluran darah terputus dan pendarahan yang berlaku menjadi serius.


Melecet 

Kecederaan ini boleh berlaku apabila bahagian badan bergeser dengan permukaan lain. Lapisan epidermis terkoyak tetapi bahagian atau tisu di bawah kulit tidak cedera.


Melepuh

Kecederaan ini boleh berlaku disebabkan oleh geseran antara bahagian badan dengan permukaan yang lain. Tisu cecair akan berkumpul dan kulit akan mengelembung.


Kecederaan Dalaman

Kecederaan ini berlaku pada bahagian dalaman anggota tubuh badan. Jenis kecederaan dalaman ini melibatkan kecederaan organ dalaman yang tidak dapat dilihat oleh individu yang mengalaminya. 
Antara kecederaan-kecederaan dalaman ialah :


Terseliuh

Berlaku apabila ligamen atau tisu-tisu terkoyak, teregang atau teroulas disebabkan oleh bebanan yang kuat dan secara tiba-tiba.

Otot Terkoyak

Berlaku koyakan di bahagian otot atau tendon disebabkan oleh pengecutan otot-otot secara drastik dan ketidakupayaan otot atau tendon menegang beban yang dikenakan atau dihentakkan terus ke otot.

Otot Kejang

Berlaku kekejangan pada otot apabila otot kehilangan sifat kontraksi otot buat sementara waktu. Kekejangan berlaku disebabkan oleh ketidakseimbangan atau kekurangan air dan elektrolit (natrium dan klorida) dalam otot kesan daripada perpeluhan dan kurang daya tahan otot.

Dislokasi

Berlaku apabila tulang sendi terkeluar daripada kedudukan asalnya. Keadaan ini mengakibatkan ligamen dan tisu di bahagian sendi teregang dan koyak.

Fruktur 

Berlaku apabila tulang patah atau retak disebabkan oleh daya hentakan tepat, sipi atau daya putaran. Terdapat dua jenis fruktur ini iaitu fruktur tertutup dan fruktur terbuka.

Kontusi

Berlaku kecederaan pada salur darah atau saluran darah halus yang terputus disebabkan oleh daya hentakan. Akibatnya, kesan lebam pada permukaan kulit atau pendarahan dalaman.

Konkusi

Berlaku dibahagian kepala disebabkan oleh daya hentakan atau pukulan yang mengakibatkan mangsa tidak sedarkan diri atau pengsan. Konkusi boleh menyebabkan kecederaan otak yang serius.

No comments:

Post a Comment